Insert Link blog awak. This skin is edited by ArissaMeow
| Tips tips: Pembelajaran yang betul dan Berkesan.
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih
mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut
tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang
berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
1. Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang
teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum
hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau
ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
2. Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan
bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca
apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap
pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan
sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
3. Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji
pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun
anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental
terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk
berjaya.
4. Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota
tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda
baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.
Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih
mudah.
5. Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan
pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut
perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku
dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda
tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan
masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai
kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
6. Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh
soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang
sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya
begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak
biasa dengan corak soalan peperiksaan.
7. Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang
mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh
mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah
mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda
untuk lulus dengan cemerlang.
8. Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang
ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih
boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru
anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu
anda dalam hal ini.
9. Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik,
peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran
yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada
bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan
bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau
tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10. Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan
bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar
pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda
buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan
memajukan pelajaran masing-masing.
11. Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.
Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka ,
semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda
serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
12. Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu
menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam
bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai
masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam
lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi,
anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
13. Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam
prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda
mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa
ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan
bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
14. Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda
kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan.
Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda
sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak
mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja
yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan
dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan ,
anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
15. Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi
waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa
depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau
perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini
selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk
menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
16. Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda
untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja
rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka
yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi
beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain
akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
17. Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan
sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat
dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan
bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal
mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan
besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum
peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan
anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
18. Belajar menyesuikan diri dengan semua
keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia
tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu
belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda
, semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang
berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan
lasak.”
19. Berhati-hati dengan kawan yang tidak
sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka
belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang
hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan
lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak
mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan
melukakan masa depan sendiri.
20. Terus belajar biar pun tidak menampakkan
kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan
yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda
bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.
Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau
gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
21. Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa
juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang
kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita
anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah
anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar
membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta
mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda
tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
KesimpulanVia-Tips Belajar |