![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Three Words.
Assalamualaikum everyone. Happy Friday \u/ Ngeh ngeh. Today i'm going to share a short-sad-sad-touching story that i've read at Fadlin's Blog :D Best tau. So here it goes;
Awaklah yang terbaik untuk saya. Orang yang paling penting
dalam hidup saya dan orang yang paling saya hargai. Tapi bagi awak siapalah
saya..
Saya : awak.. jom tengok movie? citer nurkasih. nak?
Awak : sorry, saya tak bolehlah..
Saya : why? awak nak study eh kat rumah?
Awak : em, taklah..
Saya : so kenapa tak boleh?
Awak : saya nak pergi jumpe kawan.
Awak selalu macam ni bila jumpa saya. Kadang kadang tu awak
selambe je tegur tegur perempuan lain depan saya. Bagi awak, saya macam
girlfriend awak yang ke-101.. Tiga patah perkataan tu tak pernah keluar dari
mulut awak, sejak hari pertama kita bertemu sampai hari ke-100 dan ke-200 dan..
sampailah sekarang. Cuma saya yang terhegeh hegeh kat awak.
Setiap hari sebelum awak cakap 'goodbye', awak akan beri
saya satu teddy bear and awak tak pernah miss buat macam tu. Saya sendiri tak
tau kenapa..
Saya : Emm.. awak?
Awak : Ye? kenape? jangan segan.. cakap jelah.
Saya : saya sayang awak..
Awak : ha? em.. amek la patung ni.. baliklah rumah.
Macam tulah awak ignore tiga perkataan yang saya ucapkan..
and bagi saya patung patung tu. Saya pulak akan balik rumah. Semua patung yang
saya terima dari awak setiap hari, memenuhkan bilik saya. Terlalu banyak.
Tibanya birthday saya yang ke-15, saya gembira sangat and
bercadang nak buat party sikit dengan awak. Saya tunggu awak call. Seharian
saya tak keluar bilik. But.. lunch dah lepas, dinner pun dah lepas.. Langit
pulak semakin gelap dan malam pun muncul. Awak still tak call saya. Saya
tension nak tengok phone saya. Betapa sedih dan kecewanya saya.. Then, dalam
pukul 2 pagi, awak call saya and saya terjaga dari tidur. Awak suruh saya
keluar kejap. Time tu saya excited gila..
Saya : ermmm..
Awak : nah amek ni.. *awak bagi saya patung lagi..*
Saya : ape ni?
Awak : semalam saya lupa nak bagi awak.. so saya bagi awak
sekarang. saya balik dulu ye? bye..
Saya : tunggu dulu.. awak tau tak hari ni hari ape?
Awak : isnin.. kenapa?
Hati saya tersentak.. Saya fikir awak akan ingat birthday
saya. Then awak terus balik.. macam takde pape yang berlaku. Sebelum awak pergi
jauh saya berteriak "Awak tunggu!"..
Awak : awak ada pape lagi nak cakap?
Saya : tolonglah bagitau saya... bagitau saya awak sayang
saya.. please..
Awak : kenapa dengan awak ni?
Saya : tolong bagitau saya please.. cuma tiga perkataan.
Awak : saya takkan sebut sesuatu yang menunjukkan saya ni
mudah cintakan seseorang.. kalau awak nak sangat dengar tiga perkataan tu,
pergilah cari orang lain.
Macam tulah yang awak cakapkan.. then awak balik rumah. Kaki
saya jadi lemah dan saya jatuh melutut.. Kenapa awak sanggup.. emm.. dah lah,
maybe awak bukan lelaki yang terbaik untuk saya. Bila saya balik rumah.. saya
mengurung diri dalam bilik dan hanya menangis.. Awak takde pun call saya untuk
pujuk saya. Awak terus bagi saya patung patung tu setiap pagi. Macam biase.
Macam tu la bilangan patung patung tu bertambah dalam bilik saya.
Sebulan pun berlalu, saya pergi sekolah sorang sorang. Tapi
awak dah buat kesakitan dalam hati saya ni datang balik bila saya nampak awak
kat tepi jalan.. dengan.. perempuan lain. Saya nampak awak tersenyum, senyuman
yang awak tak pernah tunjuk kat saya.. Saya berlari lari balik ke rumah.. dan
tengok patung patung yang awak bagi saya. Kenapa awak bagi saya semua tu?
Patung patung ni sepatutnya awak bagi kat perempuan tu.. Dengan marah, saya
baling semua patung yang awak kasi tu. Habis bersepah bilik saya. Tiba tiba,
phone saya berbunyi.. awak yang call. Awak suruh saya keluar gi bus stop,
tempat saya nampak awak tadi. Saya cuba tenangkan diri dan berjalan keluar dari
rumah ke bus stop. Saya tekad nak lupakan awak.. semuanya akan berakhir lepas
je saya jumpe awak. Awak datang dengan teddy bear besar sangat.
Awak : Awak datang? saya fikir awak tengah sedih..
Saya tak boleh stop membenci awak tapi saya berpura pura
macam tak ada apa-apa yang berlaku. Then, awak bagi saya teddy bear lagi, macam
biase...
Saya : Saya tak perlukan benda ni lagi!
Awak : Ape?.. kenape..?
Saya ambil teddy bear tu dari tangan awak and baling ke tengah
jalan..
Saya : Saya tak perlukan benda ni lagi! saya tak perlukan
benda ni lagi!! saya tak nak jumpa orang macam awak ni lagi!!
Tak macam hari hari lain.. saya nampak mata awak berair..
Awak : Saya mintak maaf..
Awak bersuara dalam keadaan sayu.. Then awak pergi ke jalan
raya untuk kutip teddy bear yang saya dah buang tu..
Saya : Awak ni bodohlah! Biarkan jelah benda tu kat situ!
buang!
Awak tak pedulikan saya.. awak berdegil untuk kutip teddy
bear tu. Tiba tiba.. Honk! Honk! Dengan bunyi Honk! yang kuat.. sebuah lori
datang....
Saya : Awak! tepi tepi!! *saya menjerit sekuat hati saya..
Awak bangun.. dan pandang ke arah saya dengan wajah yang
sedih.. dan.. BOOOM!!! bunyi tu membuatkan telinga saya.. sakit! hati saya..
hancur! Saya menjerit.. dan menangis. Saya tak dapat tahan air mata saya.
Tapi.. takde ape yang boleh saya buat untuk bawak awak kembali.. Saya terlalu
berharap saya dapat tarik balik perkataan yang saya ucapkan tadi.. malangnya
tak boleh. Macam tulah awak tinggalkan saya.. awak tinggalkan saya untuk selama
lamanya..
Saya teruskan hidup saya tanpa awak.. dengan kesedihan yang
tak dapat saya lupakan. Selepas dua bulan saya hidup macam orang gila.. saya
tengok balik semua patung patung yang awak bagi. Cuma tu je pemberian awak yang
tinggal. Setiap satu patung buat saya ingat hari hari yang saya lalui bersama
dengan awak. Saya mengira berapa hari saya luangkan masa dengan awak.. "satu....
dua.... tiga...." macam tu lah saya kira patung patung tu.. "...
empat ratus lapan puluh lima.." kesemuanya 485 patung dan 485 hari saya
luangkan masa dengan awak.
Saya mula menangis... sambil memeluk teddy bear yang awak
kasi tu. tiba tiba.. "saya sayang awak~ saya sayang awak~" Saya
baling teddy bear tu, sebab terperanjat. "sa.. sayang ... saya?" saya
picit teddy bear tu and dia berbunyi "saya sayang awak~ saya sayang
awak~". Tak mungkin! Saya picit kesemua teddy bear yang awak kasi.. dan
berbunyi..,
" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "
" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "
" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "
Tiga perkataan tu keluar tanpa henti. saya, sayang, awak.
Sekarang baru saya sedar, yang sebenarnya.. hati awak sentiasa ada bersama
saya.. sentiasa melindungi saya.. Kenapalah selama ni saya tak sedar yang awak
sayang saya seperti mana saya sayangkan awak.. Saya picit kesemua teddy bear
sehingga yang akhir, tu teddy bear yang last awak kasi. Tulah teddy bear yang
saya baling ke jalan raya.. Dia penuh dengan darah awak. Saya picit dia..
terdengar suara yang saya rindu keluar dari situ..
"awak tau tak hari ni hari ape? kita dah menyayangi
antara satu sama lain selama 485 hari.. Saya tak boleh ucapkan tiga perkataan
tu sebab saya malu dengan awak.. kalau awak maafkan saya dan ambil teddy bear
ni, saya akan ucapkan tiga perkataan tu setiap hari.. sehingga saya tiada lagi
dalam dunia ni. awak... saya sayang awak! "
Hati saya sebak. Air mata mengalir.. "Ya Allah, kenapa? kenapa? kenapa baru sekarang aku tahu semua ni..?" awak tak dapat kekal lama di sisi saya.. tapi.. awak dah menyayangi saya sepanjang hayat awak.. saya pun sayang awak. The End. So, moral of the story is, sayangilah orang yang sayangkan awak and hargai lah dia sementara dia ada dengan awak :') Accept her/him the way she her/him are . Nobody's perfect. Jangan lupa :) Assalamualaikum. Tata ^^ |